Thursday, May 31, 2012

Just a Quick Update

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berminggu-minggu senyap dalam blog sebab busy. Busy dengan kerja, busy dengan life dan busy sebab baru masuk rumah. Rumah biasa sahaja, bukan banglo tapi cukuplah untuk start new life together. Alhamdulillah

Entry dalam draft sebenarnya banyak yang hendak disiapkan tetapi macam ketandusan idea dan mood. Oh dan juga perasaan kurang enak kalau entry yang di publish nanti menimbulkan perasaan-kurang-senang sesetengah orang yang membaca.

Kehidupan lepas kahwin dan duduk sendiri pada aku personally agak membosankan. Yelah, kau tengok aku-aku tengok kau dan end up kita tengok TV. Lain kalau duduk dengan abang aku dulu. Ada anak buah 2 orang yang umur 2-4 tahun. Nakal ya ampun. Balik dari kerja dah penat ingat nak terus tidur tapi bila sampai rumah tengok keletah budak-budak tu hilang penat. Itu baru anak orang belum lagi anak sendiri. Kalau ada anak sendiri mesti tak seboring ni. Tapi yelah kita manusia. Merancang lebih tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita.

Aku juga lately selalu mengalami masalah sendiri bila menghadap facebook. Cepat pula rasa annoyed dengan sesetengah status kawan-kawan aku. Tapi nasib baik masalah itu dah settle. Kalau tak confirm aku delete diaorang. Hehehe

Okla, maybe nanti aku akan publish entry yang berkepuk dalam draft. Cerita pasal Krabi tak habis lagi dan cerita pasal wedding tak start lagi. Walaupun dah basi tapi aku harap ada orang akan dapat info dari entry-entry tu.






Friday, March 23, 2012

Rumah Baru

Hi everyone.

Aku tak tahu kenapa aku malasss sangat nak update. Banyak cerita terperap dalam draft tu. Cerita pasal kahwin aku, cerita pasal Sabah, pasal Krabi. Ni pun dah nak masuk cerita baru.

Most expensive house - luxuryestatereviews

Sekarang aku tengah sibuk sebab nak pindah rumah. Mula-mula teruja, lepas tu teruja. Lepas tu dah slow down. Tetiba terasa taknak pindah pulak. Banyak benor duit kena keluar. Alah, orang lain beli rumah dekat half million pun tak kecoh. Aku yang beli rumah kecik kecoh bagai nak rak. Takpe lah, dah tu je yang termampu

Sekarang tengah sibuk cari itu ini. So far rumah tu baru je siap buat tinted. Ikut schedule lepas ni buat grill pulak. Tapi setakat semalam, tengah repair bocor kat belakang rumah dengan minor repair sebab ada crack.

Mengikut budget yang ada, kami plan akan memenuhkan rumah pelan-pelan. Tapi tengah berkira-kira nak buat kitchen kabinet. Terkejut juga bila dapat a few quotation untuk dapur sekangkang kera tu. Mahal betul sekarang ek.

Hari ni Jep plan nak pergi beli kipas, lampu dan aircond. Aircond sebijik je. Letak kat master bedroom, memandangkan siling bilik rendah and kemungkinan besar panas. Kami ni kan dulu lama menetap kat UK, so tak berapa boleh kalau panas sangat. Nasib baik abang aku ni memang kerja pasang air cond so hopefully dapat la yang murah-murah sikit.

Dah 2 minggu aku agak stressed sebab hal-hal pindah rumah ni. Kalau ada cash sampai 40k sedap juga nak belanja penuhkan rumah kan.

Tu la dari kecik taknak menabong. Sekarang nak pakai duit baru terhegeh-hegeh nak ikat perut. Padan muka aku.

Nanti aku update lagi - tapi tak janji.